Pertamanya saya panjatkan ucapan kesyukuran dan puji- pujian kepada Allah SWT, selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda seluruhnya. Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kerana diberi peluang, ruang dan kesempatan untuk saya menukilkan sepatah dua kata di laman blog Masjid Qariah Rasah Jaya ini.
Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t atas limpah kurnianya blog Masjid Qariah Rasah Jaya ini dapat diadakan sebagaimana dirancang untuk paparan dan makluman ahli kariah dan juga semua pelawat .
Blog ini berfungsi sebagai salah satu alat media sosial yang menjadi perantara untuk meyebarkan maklumat yang berkaitan dengan Masjid Qariah Rasah Jaya dengan ahli kariah dan masyarakat semua. Dalam zaman teknologi digital dan tanpa sempadan hari ini, kita perlu bergerak selari dengan arus perubahan semasa ke arah meningkatkan syiar Islam. Kaedah penyampaian maklumat dan dakwah perlu dibuat secara kreatif dan mudah agar dapat sampai kepada semua ahli kariah dan masyarakat.
Masjid bukan sekadar tempat untuk solat lima waktu sahaja tetapi fungsi dan peranannya perlu menjadi pusat pertemuan dan aktiviti masyarakat dengan berbagai program dan aktiviti khususnya yang berkaitan dengan keagamaan untuk semua golongan masyarakat Islam.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan dan dokongan daripada semua ahli kariah sekalian yang telah memberi sumbangan dalam bentuk idea, masa, tenaga, kewangan dan sebagainya selama ini kepada Masjid Qariah Rasah Jaya.
Moga-moga segala sumbangan dan bantuan serta usaha murni yang telah dan akan kita berikan kepada Masjid Qariah Rasah Jaya ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Semoga semangat dan kerja kuat yang ditunjukkan ini terus dikekalkan dalam membangun dan menambah baik laman blog ini dari masa ke semasa. Saya juga mengalu – alukan kunjungan semua ke laman blog dan mengharapkan teguran dan pandangan membina dalam menambah baik laman blog Masjid Qariah Rasah Jaya ini. Sekian terima kasih.
Tuan Haji Abd. Rahman Bin Haji Talib
Nazir Masjid Qariah Rasah Jaya
0 comments:
Catat Ulasan