Rabu, 25 Jun 2014

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1435H


Bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun 2014 atau 1435H akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Umat Islam khususnya yang berada di Malaysia pastinya sedang mempersiapkan diri untuk menjalani rukun Islam yang keempat ini. Adapun penetapan tarikh permulaan puasa atau permulaan bulan Ramadhan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Oleh itu, tarikh dan tempat melihat anak bulan Ramadhan 2014 telah ditetapkan pada hari Jumaat 27 Jun 2014 iaitu bersamaan 29 Syaaban 1435H .Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan Puasa melalui radio dan televisyen.

2 ulasan:

  1. mari bersama-sama melihat anak bulan

    BalasPadam
  2. mohon qari atau qariah tidak menguat kan bacaan al quran...

    BalasPadam